Pendaftaran Pelanggan

1.Berdasarkan rajah 1, Admin perlu mendaftar pelanggan. Untuk membuat pendaftaran pelanggan, pada tab menu, klik General > klik Maklumat Pelanggan > klik Pendaftaran Pelanggan. Admin akan diarahkan ke halaman Pendaftaran Pelanggan / Ahli seperti di rajah 2.

2. Pada halaman Pendaftaran Pelanggan / Ahli, Admin perlu pilih jenis pendaftaran keahlian. Terdapat dua (2) cara untuk menetapkan nombor kad keahlian kepada pelanggan / ahli.
- Admin boleh tambahkan nombor kad keahlian didalam kotak isian No. Keahlian *
- atau imbas barcode dibelakang kad keahlian.
3. Kemudian klik butang Carian. Admin akan diarahkan ke halaman Pendaftaran Data Pelanggan / Data Pelanggan seperti rajah 3 dibawah.

4. Berdasarkan rajah 3, Admin perlu tambahkan maklumat pelanggan didalam kotak isian yang bertanda *. Admin boleh tambahkan maklumat satu persatu secara manual atau secara automatik.
5. Untuk tambah maklumat secara automatik, masukkan kad pengenalan pelanggan pada IC Card Reader. Kemudian tekan butang IC Reader pada bahagian atas kanan borang Pendaftaran Data Pelanggan.
6. Sistem akan membaca maklumat daripada kad pengenalan pelanggan seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Tarikh Lahir, Umur, Bangsa dan Jantina.
7. Pilihkan jenis kategori pelanggan dibawah ruangan Jenis Pelanggan.
8. Dibawah ruangan Yuran, tambahkan maklumat yuran pada kotak isian yang bertanda *.
9. Kemudian klik butang Simpan Data untuk simpan maklumat yang telah ditetapkan.
