fbpx

Trade In

Trade In

i. Belian item trade-in / pelanggan Jual barang kemas lama untuk beli barang kemas baru

 

 

Rajah 1: Menu Trade In

1.Berdasarkan rajah 1, sekiranya pelanggan trade in/jual barang kemas untuk belian barang kemas baru, Staff perlu buat belian barang kemas pelanggan terlebih dahulu. Untuk buat belian barang kemas pelanggan, klik Stok > klik Trade In. Staff akan diarahkan ke halaman Maklumat Stok seperti di rajah 2.

 

 

 

Rajah 2 : Halaman maklumat stok trade in

2. Berdasarkan rajah 2, Staff perlu tambahkan maklumat setiap unit emas / barang kemas / barang permata pada kotak isian yang bertanda * > klik butang Masukkan Dalam Senarai (a) untuk simpan tetapan. Sila rujuk langkah ii. Daftar Stok di Terima Stok untuk panduan tambah maklumat emas / barang kemas / barang permata.

 

3. Sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) item belian daripada pelanggan, selepas tambahkan maklumat barang kemas > klik butang Masukkan Dalam Senarai (a) > ulang langkah tambah maklumat untuk barang kemas selanjutnya. Jumlah belian barang kemas daripada pelanggan akan dipaparkan pada Senarai barang yang dimasukkan ke dalam senarai (b). Klik butang Simpan Data (c) untuk simpan maklumat. Paparan Bayaran; Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga akan dipaparkan seperti di rajah 3. Sila rujuk langkah 10. di Jualan untuk panduan bayaran.

 

 

Rajah 3 : Paparan bayaran

4. Jika perlu edit data / padam senarai belian, sebelum ke langkah buat bayaran klik Senarai Item (d) pada bar sisi halaman. Staff akan diarahkan ke halaman Senarai Barang Trade In seperti di rajah 4.

 

 

 

Rajah 4 : Halaman senarai barang trade in

5. Berdasarkan rajah 4, untuk edit maklumat pilih barang kemas > double click senarai yang perlu di-edit > pilih Edit Data Ini. Staff akan diarahkan ke halaman Maklumat Stok. Klik butang Batal Edit Data untuk batalkan edit atau klik butang Masukkan Dalam Senarai untuk simpan tetapan selepas buat perubahan pada maklumat.

 

 

 

Rajah 5 : Halaman senarai barang trade in

6. Berdasarkan rajah 5, sekiranya Staff perlu padam senarai double click senarai > pilih Padam Data / Keluarkan Dari Senarai. Klik butang Simpan Data > paparan Bayaran; Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga akan dipaparkan.

 

7. Payment Voucher belian  emas terpakai akan tersedia seperti di rajah 6.

 

Rajah 6 : Contoh Payment Voucher Belian Emas Terpakai

 

 

ii. Jualan barang kemas baru

 

 

Rajah 6 : Halaman Jualan
 

1. Berdasarkan rajah 6, sekiranya pelanggan ingin membuat belian item baru selepas menjual barang kemas lama, staff perlu ke halaman Jualan (rujuk Buat Jualan  untuk ke halaman Jualan seperti di rajah 6). Rujuk langkah dibawah untuk jualan barang kemas baru selepas belian barang kemas lama daripada pelanggan.

 

Langkah 1 : Masukkan info pembeli

Langkah 2 : Imbas nombor siri produk

Langkah 3 : Buat pilihan nama pekerja

Langkah 4 : Tekan butang Masukkan Data Jualan

Langkah 5 : Tekan menu Trade In di bar sisi halaman. Staff akan diarahkan ke halaman maklumat trade in

 

 

Rajah 7 : Maklumat Trade In
 

2. Untuk membuat jualan barang kemas baru, staff perlu pilih payment voucher belian trade in pelanggan yang telah selesai pada langkah i. Belian item trade-in / pelanggan jual barang kemas lama untuk beli barang kemas baru. Secara umumnya pada halaman maklumat trade in akan disenaraikan senarai Payment Voucher yang telah dibuka pada tarikh semasa. Double-click pada Payment Voucher dan klik Pilih Voucher Ini. Pada Jumlah bayaran akan terpapar baki yang perlu dibayar selepas sistem buat kiraan dengan item trade in yang telah dibeli sebelum seperti di rajah 8 dibawah.

 

 

Rajah 8 : Jumlah bayaran yang dipaparkan adalah selepas sistem buat penolakan jumlah harga barang kemas baru dengan jumlah pada Payment Voucher
 

3. Klik butang Simpan Data > staff akan diarahkan ke paparan Bayaran.



Rajah 9 : Paparan bayaran

4. Berdasarkan rajah 9, sekiranya jumlah harga belian barang kemas lama daripada pelanggan adalah lebih kecil daripada jumlah harga jualan barang kemas baru, sistem akan paparkan Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga. Sekiranya jumlah harga belian barang kemas lama daripada pelanggan adalah lebih besar daripada jumlah harga jualan barang kemas baru, sistem akan paparkan Bayaran Oleh Pihak Ketiga Kepada Kedai. Sila rujuk Buat Jualan  untuk ketahui cara buat bayaran jualan barang kemas. Selepas selesai, invoice jualan barang kemas baru akan dikeluarkan.

 

Rajah 10 : Contoh kandungan invois jualan dan maklumat bayaran 
 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *