Rajah 1 : Menu BuyBack
1.Berdasarkan rajah 1, sekiranya pelanggan ingin membuat jualan barang kemas, Staff perlu buat belian barang kemas pelanggan terlebih dahulu. Untuk buat belian barang kemas pelanggan, klik
Stok > klik
BuyBack. Staff akan diarahkan ke halaman
Maklumat Stok seperti di rajah 2.
Rajah 2 : Halaman maklumat stok buyback
2. Berdasarkan rajah 2, Staff perlu tambahkan maklumat setiap unit emas / barang kemas / barang permata pada kotak isian yang bertanda
* > klik butang
Masukkan Dalam Senarai (a) untuk simpan tetapan. Sila rujuk langkah
ii. Daftar Stok di
Terima Stok untuk panduan tambah maklumat emas / barang kemas / barang permata.
3. Sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) item belian daripada pelanggan, selepas tambahkan maklumat barang kemas > klik butang
Masukkan Dalam Senarai (a) > ulang langkah tambah maklumat untuk barang kemas selanjutnya. Jumlah belian barang kemas daripada pelanggan akan dipaparkan pada
Senarai barang yang dimasukkan ke dalam senarai (b). Klik butang
Simpan Data (c) untuk simpan maklumat. Paparan
Bayaran;
Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga akan dipaparkan seperti di rajah 3. Sila rujuk langkah
10. di
Jualan untuk panduan bayaran.
Rajah 3 : Paparan bayaran
4. Jika perlu
edit data / padam senarai belian, sebelum ke langkah buat bayaran klik
Senarai Item (d) pada bar sisi halaman. Staff akan diarahkan ke halaman
Senarai Barang Trade In seperti di rajah 4.
Rajah 4 : Halaman senarai barang buyback
5. Berdasarkan rajah 4, untuk
edit maklumat pilih barang kemas >
double click senarai yang perlu di-
edit > pilih
Edit Data Ini. Staff akan diarahkan ke halaman
Maklumat Stok. Klik butang
Batal Edit Data untuk batalkan edit atau klik butang
Masukkan Dalam Senarai untuk simpan tetapan selepas buat perubahan pada maklumat.
Rajah 5 : Halaman senarai barang buyback
6. Berdasarkan rajah 5, sekiranya Staff perlu padam senarai
double click senarai > pilih
Padam Data / Keluarkan Dari Senarai. Klik butang
Simpan Data > paparan
Bayaran;
Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga akan dipaparkan.
7. Payment Voucher belian emas terpakai akan tersedia seperti di rajah 6.
Rajah 6 : Contoh Payment Voucher Belian Emas Terpakai