Trade In
i. Belian item trade-in / pelanggan Jual barang kemas lama untuk beli barang kemas baru

1.Berdasarkan rajah 1, sekiranya pelanggan trade in/jual barang kemas untuk belian barang kemas baru, Staff perlu buat belian barang kemas pelanggan terlebih dahulu. Untuk buat belian barang kemas pelanggan, klik Stok > klik Trade In. Staff akan diarahkan ke halaman Maklumat Stok seperti di rajah 2.

2. Berdasarkan rajah 2, Staff perlu tambahkan maklumat setiap unit emas / barang kemas / barang permata pada kotak isian yang bertanda * > klik butang Masukkan Dalam Senarai (a) untuk simpan tetapan. Sila rujuk langkah ii. Daftar Stok di Terima Stok untuk panduan tambah maklumat emas / barang kemas / barang permata.
3. Sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) item belian daripada pelanggan, selepas tambahkan maklumat barang kemas > klik butang Masukkan Dalam Senarai (a) > ulang langkah tambah maklumat untuk barang kemas selanjutnya. Jumlah belian barang kemas daripada pelanggan akan dipaparkan pada Senarai barang yang dimasukkan ke dalam senarai (b). Klik butang Simpan Data (c) untuk simpan maklumat. Paparan Bayaran; Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga akan dipaparkan seperti di rajah 3. Sila rujuk langkah 10. di Jualan untuk panduan bayaran.

4. Jika perlu edit data / padam senarai belian, sebelum ke langkah buat bayaran klik Senarai Item (d) pada bar sisi halaman. Staff akan diarahkan ke halaman Senarai Barang Trade In seperti di rajah 4.

5. Berdasarkan rajah 4, untuk edit maklumat pilih barang kemas > double click senarai yang perlu di-edit > pilih Edit Data Ini. Staff akan diarahkan ke halaman Maklumat Stok. Klik butang Batal Edit Data untuk batalkan edit atau klik butang Masukkan Dalam Senarai untuk simpan tetapan selepas buat perubahan pada maklumat.

6. Berdasarkan rajah 5, sekiranya Staff perlu padam senarai double click senarai > pilih Padam Data / Keluarkan Dari Senarai. Klik butang Simpan Data > paparan Bayaran; Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga akan dipaparkan.
7. Payment Voucher belian emas terpakai akan tersedia seperti di rajah 6.

ii. Jualan barang kemas baru
1. Berdasarkan rajah 6, sekiranya pelanggan ingin membuat belian item baru selepas menjual barang kemas lama, staff perlu ke halaman Jualan (rujuk Buat Jualan untuk ke halaman Jualan seperti di rajah 6). Rujuk langkah dibawah untuk jualan barang kemas baru selepas belian barang kemas lama daripada pelanggan.
Langkah 1 : Masukkan info pembeli
Langkah 2 : Imbas nombor siri produk
Langkah 3 : Buat pilihan nama pekerja
Langkah 4 : Tekan butang Masukkan Data Jualan
Langkah 5 : Tekan menu Trade In di bar sisi halaman. Staff akan diarahkan ke halaman maklumat trade in

2. Untuk membuat jualan barang kemas baru, staff perlu pilih payment voucher belian trade in pelanggan yang telah selesai pada langkah i. Belian item trade-in / pelanggan jual barang kemas lama untuk beli barang kemas baru. Secara umumnya pada halaman maklumat trade in akan disenaraikan senarai Payment Voucher yang telah dibuka pada tarikh semasa. Double-click pada Payment Voucher dan klik Pilih Voucher Ini. Pada Jumlah bayaran akan terpapar baki yang perlu dibayar selepas sistem buat kiraan dengan item trade in yang telah dibeli sebelum seperti di rajah 8 dibawah.

3. Klik butang Simpan Data > staff akan diarahkan ke paparan Bayaran.

4. Berdasarkan rajah 9, sekiranya jumlah harga belian barang kemas lama daripada pelanggan adalah lebih kecil daripada jumlah harga jualan barang kemas baru, sistem akan paparkan Bayaran Oleh Kedai Kepada Pihak Ketiga. Sekiranya jumlah harga belian barang kemas lama daripada pelanggan adalah lebih besar daripada jumlah harga jualan barang kemas baru, sistem akan paparkan Bayaran Oleh Pihak Ketiga Kepada Kedai. Sila rujuk Buat Jualan untuk ketahui cara buat bayaran jualan barang kemas. Selepas selesai, invoice jualan barang kemas baru akan dikeluarkan.


